Best Foods

Untuk mereka yang sebelum ingin memulakan perjalanan tetapi kena isi perut dulu anda boleh mengisi sarapan pagi anda dengan  Pulut Mangga/Pulut Mempelam kerana Perlis terkenal dengan makanan ini lagi lagi jika digabungkan dengan  Mempelam Harum Manis yang menjadi kegilaan orang ramai . Di Perlis juga amat mudah untuk mendapatkan beras pulut yang berkualiti tinggi kerana lokasi yang dekat dengan Thailand.



Nasi Ganja Repoh 


Jangan tersedak dengan hanya mendengar pada nama , sebenarnya kami tak tahu nama sebenar 'nasi ganja' ini tapi nasi ini dikenali dengan nama yang agak unik kerana ketagihanya yang bila makan pasti ingin lagi .Dari segi saiz hidangan tidak akan dapat dimana mana negeri kerana lauk yang banyak dengan harga yang murah dan memuaskan.


Restoran Anjung Keli



Tidak lengkap jika pergi Perlis tidak menjejaki kaki disini , kerana disini adalah lokasi makanan paling terkenal di Perlis . Apa yang menarik disini menu ikan keli yang disajikan , kepada anda yang tidak berapa gemar dengan Ikan Keli jangan risau kerana banyak lagi lauk yang sedap dihidangkan di restoran ini.


Bangpon Cafe & Bistro



Burger yang cantik dan menarik ini dinamakan sebagai 'burgerdik' dimana kebesaran burger ini seperti spot rim kereta . Dibawah roti yang lembut ini ada homemade patty yang besar , sedap dan cukup rasa . Untuk menikmati 'burgerdik' ini anda dinasihatkan untuk call&oder dulu untuk tidak membiarkan anda tunggu lama.

Restoran Api-Api , Kuala Perlis



Kuala Perlis memang terkenal dengan makanan seafood . Kebiasaanya orang bukan tempatan akan pergi ke medan selera komalaut yang memang popular . Tapi kami ingin berkongsi lokasi yang kurang mainstream disini .Pilihan seafood yang ditawarkan memang banyak dan berpuas hati . Jika anda peminat Ikan Bakar , Kuala Perlis adalah tempatnya . Selain itu, menu lain seperti sotong goreng tepung dan kerang turut menjadi pilihan masakan pengunjung yand datang.


Hannah Cookies




Kek dan biskut ada disediakan di Hannah Cookies . Tapi bukan itu menu utama meraka adalah western . Anda boleh memilih sama ada mahu duduk di dalam restoran berhwa dingin dan tertutup atau di luar berbumbung kan langit dan udara yang sedar . Setiap hari Hnanah cookies menerima pelanggan yang agak lama jadi jika tidak mahu menunggu lama perlulah datang awal . Jika ketika pelanggan sedang ramai dan menu anda tidak sampai anda perlu menyatakan perkara tersebut kerana risau menu anda tidak siap kerana mereka menyiapkan menu yang lain.


Daging Bakar Honey Nostalgia



Ia sedikit berbeza dengan kedai yang lain , kerana kedai disini anda perlu pergi ke kaunter untuk membuat pesanan dan anda akan menerima nombor , anda perlu tunggu sehingga no giliran anda dipanggil . Ramai yang berpendapat ini antara lokasi yang terbaik untuk mendapatkan daging bakar yang sedap dan berkualiti tinggi , restoran ini juga pernah beberapa kali masuk di dalam tv , daging ini yang lembut dan cukup rasa sesuai makan dengan nasi panas dan sambal.

Ana Burger D'Cafe

Image result for ana burger d cafe perlis

Siapa yang melihat burger yang telah dihidangkan disini, pasti terliur dan mahu mencuba. Siapa yang mencubanya pasti berpuas hati dengan isi dan sosnya yang meriah di antara dua roti. Jika tidak mahu burger, cuba makanan barat yang lain seperti Chicken Chop, Cheese Metball dan spaghetti. Mereka juga tidak melupakan hidangan tempatan yang paling terkenal iaitu nasi lemak. Gaya hispter sebagai hiasan dalaman cukup sesuai untuk bersantai bersama rakan dan ahli keluarga. Harga jual amat berpatutan.

Blackwood Coffee & Chocolate

Image result for blackwood coffee and chocolate perlis

Kenapa pelanggan menyukainya dan mendapat permintaan yang tinggi? Ini adalah kerana suasana restorannya yang sangat menarik dan selesa. Sesetengahnya mengatakan keadaannya membuatkan mereka berasa seperti berada di dalam rumah. Kopi, kek dan menu yang lain semuanya bagus. Walaupun harganya agak mahal tetapi pelanggan merasakan ia berbaloi. Jadi ia pilih sebagai tempat untuk melepak bersama rakan-rakan.


Warung Bang Teh

Image result for warung bang teh di perlis


Rating yang tinggi diberikan kepada warung kecil ini. Ini kerana menu utamanya iaitu kueytiaw sup Thai dan pulut ayamnya sememangnya sedap. Harganya pula sangat murah. Kebiasannya memang ada ramai pelanggan disini. Adakalanya anda terpaksa menunggu agak lama kerana jumlah pelanggan yang ramai. Tapi percayalah, apa yang anda perolehi berbaloi dengan masa yang dihabiskan untuk menunggu itu.

No comments:

Post a Comment